Tuesday, October 28, 2014

Wira Sakti Zhong Hua #01


Tajuk : Wira Sakti Zhong Hua
Tarikh Terbit : 2 Okt 2014 (#01)
Mod Terbitan : Mingguan (setiap Khamis)
Bil Episod : 28 episod
Harga : RM4.50
Ketua Pengarang : Kuang Pin Qiang
Karya Asal : Ma Wing Shing
Kulit Muka : Khoo Fuk Lung
Link Download

Merupakan kesinambungan kepada komik Wira Sakti dahulu. Kalau peminat komik masih ingat, komik Wira Sakti dahulu pernah difilemkan bertajuk A Man Called Hero. Komik Wira Sakti Zhong Hua (WSZH) kali ini mengisahkan perebutan sekeping peta harta karun oleh jaguh-jaguh dari pelbagai sekolah dan kumpulan termasuk jaguh-jaguh dari Jepun. Wira Hua @ Wira Sakti @ Wira Wah (dalam Wira Sakti dahulu) akan melibatkan diri dalam pertarungan demi pertarungan untuk mempertahankan bangsa dan nusanya. Beliau akan kembali menggemparkan dunia kepahlawanan dengan Cakar Sakti Tidak Berbatasnya. WSZH #01 memaparkan pertarungan antara Wira Hua dengan Situ Wu Liang yang sama-sama memperalatkan Cakar Sakti Tidak Berbatas dalam pertarungan mereka. Wira Hua cuba membangkitkan kembali semangat pertarungan Situ Wu Liang yang telah merudum akibat pengkhianatan anak angkatnya, Situ Mu Wen. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, para pembaca boleh mendapatkan komik WSZH yang kini telah berada di pasaran dan telah mencecah episod ke-4.

2 comments:

  1. Ada link download yg baru tak? Link kt atas tu dah tak bleh pakai... Tengkiu..

    ReplyDelete
  2. ada link baru ke.. link tak boleh download.. tq

    ReplyDelete